Tandas Bergerak

 

Tandas merupakan keperluan kepada manusia.Menjaga kebersihan luaran adalah perlu dan harus dijaga secara konsisten bagi memastikan persekitaran yang bersih dan bebas daripada bau dan bakteria. Kebersihan tandas juga melambangkan keperibadian seseorang.Dalam keadaan normal kebanyakannya akan menggunakan tandas setiap 3-5 jam.

Perkembangan teknologi yang semakin pesat mempengaruhi semua perkara menjadi mudah sehingga wujudlah tandas mudah alih atau dengan kata lain tandas bergerak. Ia merupakan tandas mudah alih untuk disewa atau dibeli di seluruh Malaysia bagi tujuan kemudahan sementara semasa kerja-kerja pengubahsuaian tapak pembinaan,berkhemah,perayaan,marathon,majlis perkhawinan dan sesuai diletakkan di pusat pemindahan banjir bagi memberi kemudahan kepada mangsa banjir.Dalam keadaan apa sekalipun anda pasti tidak boleh mengelakkan diri daripada melepaskan “hajat” samada membuang air kecil atau besar.Tandas dicipta bagi kegunaan untuk orang ramai.

Menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama.Sikap pengguna yang tidak prihatin dan bertanggungjawab merupakan punca tandas menjadi kotor seperti membuang puntung rokok, tuala wanita dan tisu tandas ke dalam mangkuk tandas merupakan amalan yang tidak wajar untuk diamalkan kerana tandas akan menjadi tersumbat keadaan ini semakin memalukan kerana pelancong asing akan menilai berdasarkan kualiti kebersihan tandas mudah alih.

Sebahagian tempat pembinaan akan menempatkan tandas mudah alih. Tandas mudah alih untuk disewa digunakan kerana banyak manfaat yang ditawarkan kepada pekerja tapak pembinaan. Ia akan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pekerja pembinaan. Jika tiada tandas mudah alih di tapak pembinaan, pekerja tidak akan selesa sekiranya mereka terpaksa mencari dan bergantung dengan tandas awam secara berterusan.Pekerja akan sering menghabiskan banyak masa di luar tapak pembinaan daripada membuat pekerjaan mereka yang sebenar.Tambahan pula , ia dapat memastikan kebersihan yang betul di tapak pembinaan,ada tandas mudah alih di tapak pembinaan yang diperiksa secara berkala ,dijaga dan dibersihkan membolehkan pekerja pembnaan menjaga tahap kebersihan .Mereka tidak perlu risau tentang tahap kebersihan .Pelbagai jenis tandas mudah alih yang disediakan seperti tandas jenis duduk,jenis mencangkung, dan jenis tandas untuk orang yang kelainan upaya.Ia boleh digunakan untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak, golongan warga emas mahupun orang-orang cacat fizikal, bagi memudahkan anda membuat semua orang selesa.

Sekiranya anda mengadakan acara di dalam atau di luar rumah, anda tidak gemar semua orang menggunakan tandas peribadi,anda perlu menyediakan tandas mudah alih kerana ia mampu memberikan kemudahan kepada tetamu tanpa mereka perlu meluangkan masa untuk berjalan jauh.anda boleh menyewakan tandas mudah alih dan meletakkannya di tepi pintu masuk depan atau belakang rumah .Tambahan pula, ia dapat mengurangkan waktu menunggu untuk menggunakan tandas tanpa perlu beratur.

Selain itu, menyediakan lokasi yang sesuai untuk meletakkan tandas mudah alih ini penting bagi memastikan ianya tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung dan persekitaran. Tandas mudah alih ini juga boleh digunakan kepada pasukan petugas hadapan sepanjang operasi sekatan jalan raya dilakukan kerana lokasi yang jauh dengan kemudahan awam. Sekatan jalan raya mengambil tempoh yang lama dan kemudahan tandas alih ini penting bagi memberi keselesaan kepada anggota pasukan petugas hadapan untuk bertugas dan menunaikan solat.

Tanggungjawab menjaga kebersihan perlu dipertanggungjawabkan kepada orang ramai bukan sahaja kepada pihak berkuasa atau kontraktor pembersihan. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan negara sentiasa bersih dan selamat digunakan. Rakyat Malaysia seharusnya menunjukkan tauladan yang baik kepada negara luar bukan sahaja dari aspek tandas malah di semua tempat. Anda perlu bekerjasama dalam menjaga tandas dan tidak mengharapkan kontraktor akan membersihkan sebaliknya diri sendiri. Anda perlu memastikan sebelum anda keluar daripada menggunakan tandas itu bersih sepertimana anda masuk.Sekiranya anda tidak menjaga kebersihan, keadaan tandas yang kotor dan busuk membuatkan orang lain tidak selesa untuk menggunakannya.